Wednesday 29 June 2022

ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO LAGU


Asas Videografi : Video Lagu 


Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik.

Proses penghasilan video lagu ini berjalan dengan lancar. Meskipun pada mulanya semasa hendak melakukan rakaman kami menghadapi halangan iaitu cuaca yang tidak menentu, namun kami berjaya mengatasinya dengan menukar lokasi rakaman secara tiba-tiba ke kawasan yang lebih sesuai. Dalam masa yang singkat video ini siap dirakam dan akhirnya dihasilkan dengan jayanya dengan kerjasama semua ahli terlibat.


Untuk menonton video lagu daripada KJK Productions sila tekan link dibawah 👇

https://youtu.be/X_0QJj2lhCY



No comments:

Post a Comment

KETIKA DAN KALIMAT

 KETIKA DAN KALIMAT Amali I Julai 2022 merupakan kelas terakhir bagi BBM3410 iaitu Multimedia Dalam Bahasa. Fuh, lega! Ini menandakan segala...