Saturday 2 April 2022

Akademik

 Nak cerita dari mana ea? Tadika? Sekolah rendah? Sekolah menengah? STPM? Universiti?

Kita mula dari awal la ya iaitu tadika. Nama tadika saya ialah Tadika Wawasan, berwawasan sungguhlah semua muridnya 😅 Saya dah mula sekolah sejak 4 tahun lagi. 

Sekolah rendah pula di SK (P) METHODIST 1, MELAKA walaupun 'Methodist' tetapi pelajaran agama Islam, Alhamdulillah ada dan sentiasa dipatuhi. 

Sekolah menengah pula di SMK (P) METHODIST, MELAKA. Sekolah rendah dan sekolah menengah saya unik kerana berada dalam kawasan yang sama, depan MGS 1 , belakang MGSS. Sepatutnya, saya bersekolah di SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA. Sudah daftar tunggu sekolah buka sahaja untuk belajar namun apakan daya, di atas sebab-sebab tertentu maka saya menjadi alumni MGSS. 

Selepas itu, saya mendapat tawaran untuk belajar di Matriks Londang Melaka namun saya tolak disebabkan aliran saya yang saya rasakan tidak sesuai untuk saya walaupun saya mengambil subjek sains tulen sewaktu SPM. Oleh itu, saya membuat rayuan untuk ke tingkatan 6 dan Alhamdulillah saya dapat tawaran tersebut. Jadi saya mengambil STPM di SMK Tun Tuah, Melaka dalam bidang sains sosial. 

Bagi Ijazah pula, saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Alhamdulillah, bukan senang nak dapat masuk UPM. Insyaallah, jika dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik saya nak sambung belajar sehingga ke peringkat PHD pula. Doakan ya semua saya mampu menggengam segulung 'DEGREE, MASTERS & PHD'. 

No comments:

Post a Comment

KETIKA DAN KALIMAT

 KETIKA DAN KALIMAT Amali I Julai 2022 merupakan kelas terakhir bagi BBM3410 iaitu Multimedia Dalam Bahasa. Fuh, lega! Ini menandakan segala...