Monday 4 July 2022

KETIKA DAN KALIMAT

 KETIKA DAN KALIMAT

Amali I Julai 2022 merupakan kelas terakhir bagi BBM3410 iaitu Multimedia Dalam Bahasa. Fuh, lega! Ini menandakan segala tugasan ynag diberikan telah siap dan masa untuk fokus exam pula πŸ˜„.

Syukur ke hadrat Illahi kerana mengizinkan saya untuk menyertai dan belajar dengan kesihatan yang baik sepanjang 14 minggu ini. Belajar secara atas talian sudah tentu ada baik dan juga buruknya. 

Bercerita tentang BBM 3410, pada mulanya rasa sangsi juga dengan subjek ni. Kenapa ? sebab pada mula saya berfikir, "ea multimedia ada kena mengena dengan bahasa Melayu ke?" tapi lepas di dedahkan dengan segala macam ilmu oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim baru berkembang otak sikit πŸ˜‚

Masa awal-awal terima tugasan masih "okay" sebab Prof suruh buka akaun IG, FB, TWITTER, yang ini dah macam BFF...HAHHAHA..tapi media sosial yang pertama suruh kami buka ialah ni ha, Blog ni..fuh memamg blur giler lah masa tu, tak pernah terfikir sebelum ni untuk ada blog sendiri tapi nasib baik ada rakan-rakan yang pro maka merekalah ajar selok-belok dunia blogger. Terima Kasih Nurina & Herfa.  Dan ada lagi media sosial yang membuat saya ketar-ketir untuk download iaitu TIKTOK! HAHAHAHA. Sepanjang kewujudamn TikTok dalam dunia media sosial ini tak pernah lagi rasa teringin nak download walaupun semua orang dalam rumah saya ada akaun TikTok. Ibu saya pun ada TikTok tau tapi sekadar menonton je. Melalui Multimedia Dalam Bahasa lah, wujudnya akaun @nina_haziq buat pertama kali dalam hidup. Alang-alang tu jemputlah 'follow', ceh sempat promote! HA, Prof juga menyuruh kami buka akaun LinkedIn. Sejujurnya banyak perkara baru yang kami belajar dalam kelas BBM3410 ini sebenarnya.

Eh, jangan lah keluar dulu. Story belum habisπŸ˜›

Selesai bab media sosial. Di sambung pula dengan pembuatan video. Macam - macam video lah kami rekod. Untuk tugasan video ini, seeloknya kami satu kumpulan berkumpulan sama-sama tetapi disebabkan masih belajar secara maya maka saya dirumah. Setinggi-tinggi TERIMA KASIH kepada rakan kumpulan saya iaitu ahli KJK PRODUCTION, ADIB, EDWIS, IKMAL, HERFA, TASYA, NAJIDAH, NURINA, ROS dan PAVI kerana sangat memahami. Kebanyakan video saya rekod di rumah ataupunsaya ditugaskan sebagai editor. Ada juga video yang saya kena rekod sendiri seperti video One Shot One Layer. Tak sanggup rasanya nak tengok video sendiri. Tambahan lagi, dalam video saya kena menari..MasyaAllah kaku sungguh! πŸ˜‚ Lagi, kena rekod video depan orang lalu-lalang sebab nak dapatkan shot yang sesuai juga..huhuhu..tapi lepas rekod video kedua rasa confident dah tinggi dan rasa malau makin berkurang. Banyak sebenarnya manfaat kelas Prof Normaliza ni. πŸ‘ Melalui tugasan video yang Prof bagi ni, saya dapat mengasah bakat dlam mengedit video. Selama ni blur sungguh. Terfikir juga macam manalah orang yang memang bekerja dalam pengeditan video. Mata mereka masih ok lagi ke? Sungguh edit video yang tak sampai 10 minit pun rasa berpinar biji mata menghadap telefon lama-lama.

Ok, sekarang kita cerita lain pula! 

Rasa marah, stress sebab setiap minggu ada je tugasan Prof bagi tentu ada. Tipulah kalau cakap tiada. Tapi ada satu Kalimat yang selalu Prof ulang dalam kelas "Jikalau awak ambil tugasan tu sebagai satu yang positif dan tak mengeluh maka tugasan yang awak buat rasa senang je". Betul lah tu, jika kita dah set dalam otak kita "kerja tu susah, buat nanti je" memang susahlah kerja tu nak siap. Bukan senang nak jadi pelajar yang berjaya dan berwibawa dengan ilmu yang penuh di dada.

Dah, boleh tamatkan rasanya sesi luahan ni πŸ˜‚

Akhir sekali, TERIMA KASIH PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM atas segala ilmu yang dicurahkan kepada kami. Pengendalian kuliah yang Prof jalankan sangat Santai dan Sempoi. Ini betul ye, bukan mengampu nak dapat markah lebih ke apa ya. Hahahah. Daripada suara Prof boleh tahu Prof seorang yang ramah dan cara Prof mengajar tidak terlalu berfokus kepada pelajaran semata-mata. Kadang-kadang Prof ada juga selit lawak-lawaknya. Sesungguhnya, saya gelak ye Prof walaupun 'camera-off'. Sekarang, setiap kali nak ambil gambar je teringat rule of thirds. Hahahah.

TERIMA KASIH PROF NORMALIZA DAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN, KJK PRODUCTION TERUTAMANYA πŸŽ•πŸ’œ

PROF. DR. NORMALIZA ABD RAHIM


 KJK PRODUCTION 2021 - BUKIT EKSPO,UPM






Saturday 2 July 2022

PEMBENTANGAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

 Pembentangan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan resensei buku Multimedia dalam Bahasa setelah dibincangkan bersama kumpulan-kumpulan lain:


1. SaPe Production
2. KJK Production
      3. Romulo Production
     4. ATMA Production
5. VA Production

Kumpulan KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan pada Rabu, 29 Jun 2022. 

Berikut merupakan link google slide pembentangan kumpulan saya iaitu

KJK Production:


Kehadiran Kuliah Minggu 14 - 29/06/2022


KETIKA DAN KALIMAT

 KETIKA DAN KALIMAT Amali I Julai 2022 merupakan kelas terakhir bagi BBM3410 iaitu Multimedia Dalam Bahasa. Fuh, lega! Ini menandakan segala...