Thursday 16 June 2022

ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO SETEMPAT

 Asas Videografi : Video Setempat


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video setempat merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video itu dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dengan humor dan perkara yang berlaku pada masa itu. Video setempat digemari oleh pengguna telefon bimbit yang gemar memberi berita terkini tentang dirinya. Video ini tidak memerlukan suntingan. 

Tugasan kali ini, kami diminta untuk merakamkan video setempat. Kebetulan saya ada program bersama-sama rakan Bakti Siswa Kumpulan 2. Program yang kami jalankan ialah Program Kongsi Rezeki. Program ini kami berkongsi makanan kepada para pelajar dan staf UPM yang berada disekitar UPM dari 11 Jun 2022 hingg 12 Jun 2022. Saya menggunakan masa kami merewang untuk merakamkan video ini.

Bagi anda yang ingin menonton, video setempat dan video-video lain daripada saya boleh ke saluran Youtube NINA HAZIQ. Link video setempat boleh klik di sini 👉 https://youtu.be/tTm6Rc3_G2k





Kehadiran Kuliah Minggu 11 - 08/06/2022


No comments:

Post a Comment

KETIKA DAN KALIMAT

 KETIKA DAN KALIMAT Amali I Julai 2022 merupakan kelas terakhir bagi BBM3410 iaitu Multimedia Dalam Bahasa. Fuh, lega! Ini menandakan segala...