Wednesday 29 June 2022

ASAS VIDEOGRAFI : DOKUMENTARI


 Asas Videografi : Dokumentari


    Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video dokumentari merujuk kepada video yang tidak mempunyai penceritaan. Video dokumentari memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara kepada pendengar iaitu terdapat seorang yang mengulas tentang dokumentari yang dipaparkan. Kadangkala, video jenis ini disertakan dengan temu bual bersama watak sebenar dalam situasi tersebut.


    Proses untuk menyiapkan video dokumentari ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa menghasilkan video ini. Kami memilih tema "sukan" mengikut kata sepakat daripada semua ahli kumpulan. Kemudian, kami berbincang mengenai isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam video tersebut. Walaupun ada di antara kumpulan kami yang masih berada di rumah, tetapi proses untuk menyiapkan tugasan ini tetap berjalan seperti yang dirancang.


Untuk menonton video lagu daripada KJK Productions sila tekan link dibawah 👇

https://youtu.be/SGI6mWfvwHc



ASAS VIDEOGRAFI : SERAM


Asas Videografi : Seram


   Proses penghasilan video seram ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik semasa proses penghasilan video ini dijalankan. Pemilihan lokasi penggambaran adalah dibuat secara bersama-sama. 

    Kami semua mendapat pengalaman baharu dalam menghasilkan video jenis seram ini. Pengalaman ini sangat bermakna dan proses penggambaran yang dijalankan sangat seronok. Suasana waktu malam yang dipilih sebagai latar masa bagi video ini juga membantu kami dalam menjayakan video seram ini dan mood seram dapat dihidupkan dalam video kami kali ini.


Untuk menonton video lagu daripada KJK Productions sila tekan link dibawah 👇

https://youtu.be/5G17D-Z7PG4



ASAS VIDEOGRAFI : TRAGEDI

    Asas Videografi : Tragedi 



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot cerita yang memberikan kesan emosi yang tinggi. Emosi seperti sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi yang negatif. Video tragedi seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberikan impak dalam kehidupan seseorang.

    Proses penghasilan video tragedi ini berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan. Banyak pengalaman baharu yang kami dapat semasa menghasilkan video ini. Pemilihan jalan cerita, tempat dan waktu yang sesuai juga membantu kami menjayakan video tragedi ini.

Untuk menonton video lagu daripada KJK Productions sila tekan link dibawah 👇

https://youtu.be/ANKwAC4eNtI



ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO LAGU


Asas Videografi : Video Lagu 


Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan penceritaan lirik lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lagu memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik.

Proses penghasilan video lagu ini berjalan dengan lancar. Meskipun pada mulanya semasa hendak melakukan rakaman kami menghadapi halangan iaitu cuaca yang tidak menentu, namun kami berjaya mengatasinya dengan menukar lokasi rakaman secara tiba-tiba ke kawasan yang lebih sesuai. Dalam masa yang singkat video ini siap dirakam dan akhirnya dihasilkan dengan jayanya dengan kerjasama semua ahli terlibat.


Untuk menonton video lagu daripada KJK Productions sila tekan link dibawah 👇

https://youtu.be/X_0QJj2lhCY



ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO FOKUS


Asas Videografi : Video Fokus


Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya, Multimedia dalam Bahasa, video fokus ataupun video tanpa wajah merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap satu-satu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini kerana tiada wajah yang terdapat dalam video tersebut, maka emosi tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan.

 

Proses penghasilan video fokus ini berjalan dengan lancar. Hal ini disebabkan, semua ahli kumpulan memberikan komitmen yang sepenuhnya walaupun ada di antara kami yang berada di rumah masing-masing. Pemilihan tempat, masa dan pakaian dicapai mengikut kata putus bersama. Semua ahli kumpulan memberikan idea yang bernas yang telah menjayakan rakaman video ini. Kami semua sangat gembira dan mempelajari banyak perkara baru sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan.


Untuk menonton video fokus daripada KJK Productions sila tekan link berikut 👇

https://youtu.be/_g0lzz-iQKY



Saturday 25 June 2022

PEMBENTANGAN PODCAST

 Pembentangan Podcast


Tugasan kuliah kali ini ialah kami diarahkan untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan di dalam kelas nanti. Setiap individu diberikan masa 5 minit untuk menerangkan isi podcast seperti latar belakang podcast, menceritakan kandungan yang dipilih dan lain-lain. Walaupun pembentangan secara individu tetapi kami juga perlu menunggu giliran untuk membentang secara berkumpulan.

Saya telah memilih podcast " Podcast Bekpek: Dikejar Yakuza Ketika Berbasikal di Jepun" daripada Youtube channel Khairul Jamain. 

Berikut merupakan slaid pembentangan saya:







Untuk melihat slaid ini secara video boleh ke 👉 PODCAST


Kuliah Minggu 12 - 15/6/2022
 


Saturday 18 June 2022

PODCAST

 Podcast

Tugasan kuliah kali ini ialah kami diarahkan untuk memilih satu podcast untuk dibentangkan di dalam kelas nanti. Setiap individu diberikan masa 5 minit untuk menerangkan isi podcast seperti latar belakang podcast, menceritakan kandungan yang dipilih dan lain-lain. Walaupun pembentangan secara individu tetapi kami juga perlu menunggu giliran untuk membentang secara berkumpulan.

Giliran Pembentangan adalah seperti berikut :

1. SaPe Production

2. KJK Production

3. Romulo Production

4. ATMA Production

5. VA Production

Kumpulan saya iaitu KJK Production merupakan kumpulan kedua yang melakukan pembentangan dan dalam kumpulan tersebut, saya merupakan giliran atau ahli terakhir dalam kumpulan yang akan melakukan pembentangan.

Saya telah memilih podcast " Podcast Bekpek: Dikejar Yakuza Ketika Berbasikal di Jepun" daripada Youtube channel Khairul Jamain. 


Kuliah Minggu 12 - 15/ 06/ 2022



RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

 Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa

Tugasan ini memerlukan kami untuk melakukan pembentangan kumpulan resensi buku Multimedia dalam Bahasa bagi setiap bab. Setiap bab diagihkan secara adil kepada ahli kumpulan masing-masing untuk dibentangkan. Proses penyediaan slaid bagi tugasan ini juga berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan menjalankan tugasan masing-masing dan memberikan kerjasama yang amat baik. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan pembentangan. Kumpulan KJK Production akan bentang pada 29 Jun 2022 dengan giliran kedua daripada 5 kumpulan. 


Kuliah Minggu 12 - 15/6/2022

Thursday 16 June 2022

ASAS VIDEOGRAFI : VIDEO SETEMPAT

 Asas Videografi : Video Setempat


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video setempat merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video itu dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dengan humor dan perkara yang berlaku pada masa itu. Video setempat digemari oleh pengguna telefon bimbit yang gemar memberi berita terkini tentang dirinya. Video ini tidak memerlukan suntingan. 

Tugasan kali ini, kami diminta untuk merakamkan video setempat. Kebetulan saya ada program bersama-sama rakan Bakti Siswa Kumpulan 2. Program yang kami jalankan ialah Program Kongsi Rezeki. Program ini kami berkongsi makanan kepada para pelajar dan staf UPM yang berada disekitar UPM dari 11 Jun 2022 hingg 12 Jun 2022. Saya menggunakan masa kami merewang untuk merakamkan video ini.

Bagi anda yang ingin menonton, video setempat dan video-video lain daripada saya boleh ke saluran Youtube NINA HAZIQ. Link video setempat boleh klik di sini 👉 https://youtu.be/tTm6Rc3_G2k





Kehadiran Kuliah Minggu 11 - 08/06/2022


Saturday 11 June 2022

INFOGRAFIK MEDIA SOSIAL

 Infografik : Media Sosial


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi kelas amali Multimedia dalam Bahasa yang bertarikh 11/06/2022 , kami ditugaskan untuk membuat satu infografik berkaitan media sosial yang telah kami pelajari sepanjang semester ini oleh Prof. Dr Normaliza. Media sosial yang telah kami teroka ialah Facebook, Twitter, Instagram, Tiktok, Youtube, LinkedIn dan semestinya Blog. Jadi di bawah, saya sertakan infografik media sosial tersebut. 


Infografik Media Sosial



Friday 3 June 2022

TWITTER: NILAI ESTETIKA 1.0


 Twitter: Nilai Estetika1.0

@NinaH_Zainal




LONG SHOT

 Long Shot 



                                                Lokasi : Kg.Padang, Melaka
                                                Masa   : 03:13 pm / May 2022
                                                Model : Aira Arlisha





                                                Lokasi : Kg.Morten, Melaka
                                                Masa   : 12:13 pm / May 2022
                                                Model : -



                                                Lokasi : Bukit Ekspo, UPM Serdang.
                                                Masa   : 18:44 pm / December 2022
                                                Model : -

CLOSE UP - EMOSI

 Close-Up : Emosi

Ternyata kita sebagai manusia mempunyai seribu satu  emosi. Kadang-kadang kita menggambar dua emosi dalam waktu yang sama tanpa kita sedari. Oleh itu, dibawah saya kongsikan 10 emosi yang berbeza.

Gembira
"Yeay, dah raya 😀"


Geram
"Ishh, dia ni lagi" 


Berfikir
"Eh, betul ke jawapan tadi?"


Terkejut
"Oops, alamak terpecahkan rahsia !"


Marah
"Memang kau, takde salah pun!"

Sedih
"Rindu Ayah"


Cemburu
"hmmm"

Jerit
"Hoi, apa korang buat?"


Takut
"Ishh, mana kepala orang tu?"


Pening
"Anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala"


LINKEDIN


 LinkedIn

Hai, semua. 

Jadi tugasan pada minggu, kami disuruh oleh Prof Dr. Normaliza untuk membuka satu akaun LinkedIn. LinkedIn merupakan salah satu platform media sosial untuk mereka yang profesional dalam bidang masing-masing. Disini, kita boleh jumpa ramai ilmuwan atau pun kita juga boleh menarik perhatian para "job hunters" untuk mengambil kita kerja bersama mereka. 



Untuk ke "profile" saya, anda boleh klik link ini 👉 NUR HUSNINA HAZIQAH ZAINAL


Thursday 2 June 2022

ASAS VIDEOGRAFI : ONE SHOT THREE LAYER

 Asas Videografi : One Shot Three Layer


Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya, Multimedia dalam Bahasa, video one shot three layer merupakan satu video yang menunjukkan bahawa terdapat tiga lapisan dalam satu video tersebut. Tiga lapisan yang dimaksudkan ialah lapisan nyanyian, lakonan dan lapisan pergerakan. 


Proses penghasilan video ini berjalan dengan lancar. Hal ini kerana semua ahli kumpulan memberikan komitmen yang sepenuhnya walaupun ada di antara kami yang berada di rumah masing-masing. Pemilihan tempat, masa dan pakaian dicapai mengikut kata putus bersama. Sehari sebelum kami melakukan rakaman bagi tugasan ini, kami semua sempat melakukan rehearsel dan menyumbang idea masing-masing. Kami semua sangat gembira dan enjoy sepanjang proses penghasilan video ini dijalankan.


Klik link berikut untuk menonton Video One Shot Three Layer daripada KJK PRODUCTIONS ASAS VIDEOGRAFI ONE SHOT TWO LAYER



KETIKA DAN KALIMAT

 KETIKA DAN KALIMAT Amali I Julai 2022 merupakan kelas terakhir bagi BBM3410 iaitu Multimedia Dalam Bahasa. Fuh, lega! Ini menandakan segala...